Sunday, January 1, 2017

Cari aku jika rindu

Akhirnya kau temui seseorang yang blh menjaga dan membahagiakan kau dan Adam.
Aku gembira untuk kau. Dalam masa yang sama aku sedih sebab tak mampu untuk menjaga kau dan Adam. Allah s.w.t dah tentukan semua jalan cerita kita. Ya., mungkin aku juga salah sebab tak menjaga kau dengan betul. Mungkin Allah juga tak meredhai perhubungan kita. Aku redha. Asalkan kau bahagia dan dapat apa yang kau impikan. Bukan aku tak berusaha untuk kau, tapi aku tak nak kau menyesal nanti.

Alhamdulillah hari ni kau bernikah., Aku tak kuat. Aku cuba untuk lari dari kenyataan. Aku cuba untuk tak nak tengok gambar kau bersanding. Tapi aku tak boleh. Sebab aku nak tengak kau gembira aku nak tengak muka kau senyum bahagia. Walaupun hati aku sakit tapi aku cuba kuat.

Maafkan aku Sazzy, Aku rindu kau sangat sangat. Aku tak mampu buat apa apa. Setiap kali rindu aku berdoa pada Allah untuk bukakan hati kau. Aku pernah minta pada Allah hati kau, kalaulah boleh aku nak mintak sekali lagi hati kau untuk lebih lama lagi. Aku tau aku banyak bersalah dengan kau. Aku cuma nak buat kau gembira, Tapi aku salah. Aku ingat aku mampu, Aku ingat aku layak untuk kau. Walaupun kita sedaya untuk menjaga hubungan ini tapi akhirnya kita kena akur dengan dugaan dan perancangan Allah s.w.t. Dia yang bagi hati ini Dia juga la yang mengambilnya kembali.

Sazzy,
Aku nak kau tahu yang aku betul betul ikhlas sayang kau. Bukan sebab aku nak senang atau apa.Kau lain Saz, Kau wanita kuat, kau bertanggungjawab, kau peramah, pemurah, manja, tak pernah berkira dengan sesiapa.  Aku cuma nak bersama kau jaga kau dan sama sama besarkan Adam. Kau minta aku terima kau, aku terima seadanya. Semua kerenah kau aku layan.Tak ada sedikit pun aku merungut tentang kau. Aku tau sebab aku kena terima semua tentang kau dari sekarang. Tapi aku tau, kau takkan boleh terima orang yang tidak bekerjaya macam aku. Kau mula berubah hati dengan tiba tiba, sedangkan aku lebih setia menjaga hati. Aku sedar. Terima kasih kerana pernah hadir, Terima kasih kerana pernah sayang.

Jangan pernah membenci, Kita pernah menjadi kawan yang paling rapat diantara kawan kawan backpackers kita.Banyak masalah yang kita dengarkan bersama.Aku harap kau tak lupakan aku. Aku doakan yang terbaik. Aku harap kau lebih bahagia disamping suami. Aku terpaksa lepaskan kau. Aku tau kau dah penat hidup sendiri. Kau banyak kali terluka, jatuh tapi kau kuat. Itu lah semangat kau yang aku paling bangga sekali.

Terima kasih sazzy. Walau betapa Susah pun untuk aku lepaskan kau tapi aku terpaksa kerana semuanya ketentuan dari Allah S.w.t. Kau banyak bagi aku semangat.

Segala kenangan aku simpan rapi dalam hati. Semoga tahun baru ini menjadi kan kau lebih tabah dan kuat menjalani kehidupan yang mendatang. Nama kau sentiasa ada dalam doa aku. I'm sorry for everything.

Aku tetap ada untuk kau. Cari aku jika rindu.


5 comments:

  1. Jai @ Aznizar Mat Som telah meninggalkan kita pada 5 Januari 2017 yang lalu. Marilah kita menyedekahkan al-fatihah kepada beliau.

    * Kehilangan ko buat kami rindu jai. Kau sentiasa dalam doa kami.

    -Sahabat ijai-

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah yg tahu apa yg aku rasa pada saat ini.. kalau kau tahu yg sebenar-benarnya.. kau akan faham.. sebab aku pergi, bukan seperti yg engkau sangka. Maafkan aku, syg. Mungkin aku tidak memberi kau lebih masa. Terima kasih atas cinta dan setia yg kau beri.. walaupun aku sudah x bersama kau lagi, kau tetap setia. Im really sorry.. u will forever be in my prayers.. kekal bahagia di sana, syg. 😢

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah utk arwah adik tersayang ijai... semoga kau tenang di sana adik.. kami amat merinduimu... 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah utk arwah adik tersayang ijai... semoga kau tenang di sana adik.. kami amat merinduimu... 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  5. Videoslots casino will assist them in responsible gaming occasion that they} believe they have a gambling concern. New gamers are rewarded with engaging bonus presents, and help is out there round the clock. The casino’s sole drawback is the shortage of a betting feature, and the web site} バカラ would possibly use an update. Browse our intensive casino video games list to find a sport that’s simply best for you. Whether you’re a slot enthusiast on the hunt for a mega jackpot, or an old-school gambler who loves taking on the house, there’s something for everyone at Wildz Casino.

    ReplyDelete