Sorry sebab lambat nak tulis blog pasal trip aku ke Turki tahun lepas, Dah setahun baru nak tulis sebab malas huhuhu.
Ini ialah Trip pertama aku ke bumi Turki dengan 2 orang lagi rakan aku. Masing-masing memang excited lah cerita dia kan, Mana tak nya siapa je yang tak nak jejak Turki ni kan hahaha.
Ok lah ni aku nak share sikit la pasal Itinerary dengan sedikit review selama 13hari aku kat Turki.
26hb April 2015.
-Flight kami berlepas dari KLIA jam 9.45 pagi waktu Malaysia. Kami menaiki Qatar Airways. Bagi aku Qatar airways memang terbaik dan selesa. Perjalanan mengambil masa dalam 8jam dan transit di Doha selama 1jam 30 minit, Dan perjalanan bersambung ke Atarturk Airport mengambil masa dalam 3jam.
-Yeaahhh..!! Alhamdulillah, 12 jam dalam flight rasa nak patah pinggang, Akhirnya kami tiba di Istanbul. Waktu di Istanbul lambat 6 jam dari waktu di Malaysia. Kami tiba di Istanbul pada jam 6.15 petang. Ok, Cuaca agak boleh tahan dalam 12 darjah celcius. Korang boleh standby jaket dengan sarung tangan. Kalau malam gigil jugak la,
-Sampai je di Airport kami terus beli Istanbul Kart 10TL(Turkish Lira) untuk memudahkan perjalanan kami menaiki Metro, Dia kira macam 'Touch N Go' la. Istanbul kart ni korang boleh beli kat 'mesin' berhampiran dengan stesen-stesen Metro. Dari Airport kami naik Metro lepas tu kami kene turun kat stesen 'ZEYTINBURNU'. Kami kena tukar train sebelah,Then sambung sampai ke stesen 'SULTANAHMET'. (Sebab Apartmen kami dekat area Sultanahmet.) Harga sekali perjalanan Metro ialah 4TL. Untuk memudahkan lagi perjalanan korang kalau tak tau stesen mana nak turun, Aku syor-kan korang download Apps 'TRAFI TURKIYE' kat handphone korang, memang sangat-sangat membantu. Perjalanan metro ke SultanAhmet kira-kira dalam 1jam jugak. Sampai saja kami terus cari apartmen nak check-in sebab penat sangat, Tapi.., Kami sesat tak jumpa aprtmen tu. Huuu sedih puas pusing-pusing. Lepas tu kami beli Simkad (Turkcell), harga yang kami beli 75tl, mahal tapi terpaksa beli sebab dah sesat cari apartmen tak jumpa. Huhuhuhu. Tapi kami respect dekat warga Turkey semuanya membantu dan tak berkira langsung kalau nak minta tolong telefonkan nombor apartmen kami. Lebih kurang 3jam jugak cari akhirnya kami jumpa juga. Nama apartmennya tak ada jadi susah nak cari, nasib baik ada orang dekat situ tahu nama pemilik dia, Lega. hahaha.
27hb April 2015.
- Apartmen kami betul-betul berhampiran dengan Masjid Biru SultanAhmet, Hanya 5 minit berjalan kaki. Hari ini kami hanya bersiar-siar disekitar SultanAhmet dan mencari kedai-kedai souvenir yang murah.
"Ni antara kedai souvenir yang agak murah jugak la, kedai ni dekat lorong bersebelahan dengan hagia sophia."
"Karpet tulip terbesar, Betul-betul berhadapan dengan Hagia Sophia."
"Hagia Sophia"
28hb April 2015.
- Seawal jam 8 pagi kami dah check out (sebab nak bergerak ke Kusadasi) dan kami nak pergi menaiki Bosphorus cruise. Ok, Untuk trip bosphorus ni kami ambil dari 'New Deal' travel agency.
Kami ambil pakej tour sehingga petang iaitu 60tl seorang, siap makan tengahari dan dibawa masuk ke bahagian asia Turkey. Boleh juga beli sendiri di kaunter tiket bosphorus, Harga boleh dapat dalam 45tl seorang untuk setengah hari. Kami dibawa menaiki bas bersama peserta trip yang lain. Sebelum menaiki cruise kami dibawa singgah di 'Spice Bazaar'.
"Spice Bazaar ni dekat je dengan bosphorus cruise, boleh jalan kaki"
-Ok, Lepas dah abis jalan-jalan, dah beli apa yang patut tibalah masa untuk naik ferry bosphorus. Merentasi sungai antara dua benua. Hehehe, Sebelah Asia sebelah eropah.
"Permandangan Turkey belah Asia"
-Habis dah duk dalam feri menikmati permandangan yang indah kami menaiki bas semula dan dibawa singgah ke Istana Berlerbeyi dan makan.
- Jam dah pun pukul 6.30 petang. Habis dah trip bosphorus, Trip kami seterusnya ke Kusadasi pula.
Kami menaiki bas dari pejabat New Deal Tour di SultanAhmet dan terus ke Kusadasi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam.
"Dapat merasa naik feri malam, sebab semua kenderaan yang nak ke kusadasi
kena transfer naik feri. Macam kat Langkawi tu. nice."
** Perjalanan seterusnya di Ephesus (Kusadasi), Pamukkale, Cappadocia aku akan sambung di page lain ok. ;)
** Kat bawah ni aku kongsi sikit perbelanjaan sepanjang aku kat turkey.
Tiket Flight
Klia - Istanbul - Klia = Rm 2127
Apartmen
Kader Apartmen (SultanAhmet) = Rm164 (3malam)
Kusadasi = Rm68 (1malam)
Cappadocia = Rm130 (1malam) *Ni mahal sbb last mnt booking. Sepatutnya kami book cave hotel tp ade mslh terpaksa cari lain n semua dah full. sedih..
Apartmen (Findikzade) istanbul = Rm400 (3malam)
Jumlah seorang = Rm762
Pengangkutan
OverNight Bus
-Istanbul - Ephesus = Rm95 (60tl)
-Denizli(pamukkale) - Nevsehir (Cappadocia) = Rm108 (27Euro)
-Cappadocia - Istanbul = Rm95 (60tl)
Jumlah seoarng = Rm298
Tiket Masuk + Pakej Tour
Hagia sophia = Rm48 (30tl)
Topkapi sarayi = Rm48 (30tl)
Muzium Tessera = Rm32 (20tl)
Bosphorus cruise tour = Rm96 (60tl)
Ephesus Tour = Rm260 (65euro)
Pamukkale Tour = Rm240 (60euro)
Green tour Cappadocia = Rm152 (38euro)
Hot air balloon = Rm400 (100euro)
Jumlah seorang = Rm1276
Jumlah kerosakan keseluruhan = Rm4463
**Tak termasuk makan dan shopping. Pandai2 la korang budget hehe..sebab aku bkn kaki shopping.
No comments:
Post a Comment