Saturday, October 15, 2016

Jom ke korea Gaissss.

Rindu aku kat korea tak hilang lagi.

Kali ni aku nak kongsikan trip backpack aku ke seoul, Korea 6 hari 5 malam.
Ok, ni trip aku yang kedua ke korea pada musim panas. Tapi tak la panas sangat sebab cuaca masih lagi sejuk berangin. 

Day1 :
8.30 pagi touch down di incheon airport. Macam biasa pertama sekali aku terus cari T-Money. 
Apa T-money tu.? 
OK, dia macam kad 'touch n go' jugak. Korang kene beli T-money ni untuk memudahkan perjalanan untuk naik subway atau bas. T-money ni boleh jugak pakai untuk beli barang dekat 7eleven atau Gs25. 
Kat mana nak beli.?
Korang boleh beli kat Gs25 tu, 7E atau T-money machine dekat dengan subway station.

Ok, Kat airport ada. Turun ke tingkat bawah kalau nak naik train. Sebelum sampai ke train station ade kedai Gs25. Harga kad T-money ni 2500 won. Lepas tu korang nak 'topup' brape ikut suka lah berapa hari korang ada kat sana.



Bagi yang first time ke seoul nak naik subway ni korang mesti akan pening kalau tengok subway map dieorang sebab banyak cabang dia. Tapi jangan risau sebab tak susah pun sebenarnya, Hari pertama je macam pening sikit lepas tu confirm dah expert hehe. 
Tengok dekat subway map station mana tempat yang korang nak pergi lepas tu tengok Line yang mana satu.
Nak senang lagi korang download App "Subway korea".

Dari station airport Incheon aku terus ke station Jongno(3) sam ga, Guesthouse aku kat area situ.
Sampai awal jadi belum boleh check-in, tinggalkan beg dulu dan keluar la jalan-jalan. Yang jaga kaunter pulak cun borak-borak la dulu hahaha.

Dari GH aku terus ke Insa-dong street, Naik subway turun dekat station Anguk(328) line3. Dekat insa-dong banyak jugak tempat-tempat yang korang boleh pergi dan banyak kedai-kedai kalau korang nak shopping.Salah satu tempat yang aku pergi situ ialah Alive museum. Tiket masuk 8400won(dah dapat diskaun sebab ada kupon)







Dah Tengahari balik GH check-in rest, mandi and makan. Kat GH ada dapur jadi boleh la nak masak maggi ke roti bakar ke nak buat air sendiri ke. 
Dari GH aku terus ke Namdaemun market dan Myengdong night market. Sini kalau nak cari barang-barang make up banyak murah-murah. Naik subway turun di station Myeongdong(424) Line 4. Then, kalau nak ke namdaemun boleh terus ke station Hoehyeon,Namdaemun market(425) Line 4 sebelah je dengan station Myeongdong.

Day2 :
Hari ni aku ke Nami island, Tempat tumpuan pengunjung yang popular dengan cerita Winter sonata tu. Nak ke Nami ni agak jauh sikit jadi ada banyak transit. 
Ok, Kalau dari GH aku station Jongno(3)sam ga aku terus ke station Cheongyangni(Univ.of seoul) Line1, kat sini aku transit ke station Mangu(JG), dari sini aku transit lagi sampai ke station Gapyeong(P134). Kalau korang tak sama dari tempat aku pun takpe janji korang kena turun kat station Gapyeong ni, OK.? 

Sampai kat Gapyeong nanti akan ada bas tour untuk ke nami-petite france-garden of morning calm.
Korang naik bas tu, harga dia 6000won untuk sekali tour tu. Walk in je terus.

Bas akan bawa korang ke stesen feri untuk ke nami island. Tiket feri untuk ke Nami Island 8000won seorang(tunjuk passport untuk foreigner boleh dpt diskaun)










*Jangan lupa cuba nasi goncang yang popular dekat nami ni. 

Dah penat pusing-pusing kat nami island aku terus ke Garden of morning calm. Sepatutnya dia ada berhenti dekat Petite france tapi aku tak turun sebab malas nak masuk situ sebabnya dalam tu takde apa sangat pun just bangunan2 mcm dekat france tu je. Lagi satu tempat tu pernah jadi tempat shooting cerita My love from the star hahaha. Petite France tu harga masuk tak mahal 1000won je.
Aku terus ke garden of morning calm, taman bunga je la situ hahaha...  Harga masuk dia 8000won seorang. 




Habis tour balik naik bas yang sama turun ke stesen yang sama macam mana korang datang tadi. jangan lupa dah la tak dapek den nak nolong do hahaha..

Day3:
Everland..!!
Kat sini korang kene spend 1 hari sebab banyak game jadi rugi kalau separuh hari je. 
Untuk ke Everland ada shuttle bas dari gangnam. Harga 2000won seorang return. Korang kene tunggu dekat stesen bas gangnam, naik bas yang bernombor 2005. Jangan salah bas sebab ada yang tulis nombor 205 nanti pergi tempat lain pulak. Bas akan bawa terus ke Everland dalam 40 minit.
Tiket masuk everland berharga 34000 won, Bawa passport dan pergi ke kaunter foreigner untuk dapatkan diskaun. Masuk je main la segala benda dalam tu dah tak yah bayar apa-apa. Makan dalam agak mahal dan susah nak cari yang halal. Jadi korang standby la bawa makanan dan minuman dari luar nanti lapar pulak tak makan 1 hari hahaha.














Agak-agak dah dekat senja gak aku keluar dari everland ni. Tunggu bas tempat yang sama korang sampai tadi dan bas akan hantar tempat mana yang korang nak turun nanti korang tekan la loceng dalam bas tu.Jumpa pulak 2 org awek dari Malaysia balik sekali lah haha. Aku turun kat gangnam jugak. Hari dah malam, penat, lapar pun awek ni bawa singgah makan kat kedai halal area gangnam ni. Nama kedai tu Yang Good Korean Halal. Harga makanan di kedai biasa lebih kurang KRW 5,000-8,000 iaitu RM 15-24 harga makanan kita. Harga di restoran halal adalah sekitar KRW 10,000- 20,000 iaitu RM 30-60. Memang mahal. Kebanyakan kedai makan halal ni banyak kat sekitar itaewon.


Day4 :
Hari keempat aku just pergi yang dekat-dekat dengan GH aku.

Istana Gyeongbokgung.
Subway Line 3 stesen Gyeongbokgung(327). Tiket masuk 3000 won seorang. Kat istana ni dieorang akan ada buat 1 pertunjukan pertukaran penjaga istana. Jadi kalau korang nak tengok macam mana korang kene tunggu la. Dekat pintu masuk utama sebelah kiri ada papan tanda yang akan diberitahu bila masa-masa yang dieorang akan buat.




Dah habis pusing-pusing ambil gambar semua. Ok, korang boleh terus ke Gwanghwamun square. Tak jauh depan je dengan Istana Gyeongbokgung ni dah nampak. Kat situ korang boleh tengok tugu patung Raja Sejong. Kalau nak tau macam mana kisah Raja Sejong ni korang boleh masuk dalam bangunan sejong center sebelah kanan kalau dari gyeongbokgung tadi. Percuma sahaja dan korang boleh tulis nama korang dalam bahasa korea, Dieorang akan ajar kalau tak tau dan korang boleh bawa balik. Percuma juga.



Kat sini korang boleh mencuba pakaian tradisi korea, Hanbuk. Boleh la kalau nak fefeeling macam orang-orang lama tu kan hahaha...yang bestnye tak yah bayar weh..PERCUMA.! naissss kan.


Ok, dah habis feeling-feeling tu korang boleh singgah ke Cheonggyecheon Stream. Sungai kat tengah-tengah bandar seoul. Kat sini malam-malam nais cantik. Kalau korang rajin datang lepak malam.
Kalau naik subway korang amik Line 1 turun kat stesen Jonggak(131) keluar ikut pintu 5.

Day5 :
Yang ni aku tak plan pun. Aku redah kasi pecah je ni bangun pagi terus terjah nak pegi SBS center lepas tu pergi stadium world cup seoul dan terus ke han river sampai petang.


Sbs ni area Mok-Dong agak jauh jugak kalau dari area bandar Jong-No. Korang boleh naik subway turun kat stesen Mok-Dong(520) lepas tu kene menapak beberapa km agak jauh jugak. Tu pun aku sesat and banyak tanya orang baru jumpa hahah.. Tapi tak boleh masuk pun just saja nak pergi tengok. Hahaha...

Lepas tu aku terus ke Stadium world cup Seoul(seongsan) Line 6. Tiket tour hanya 1000 won seorang dan korang boleh masuk dalam stadium tengok sejarah bola sepak korea dan ambil gambar.



Then, Aku terus kan perjalanan ke han river, Jalan kaki saje dari stadium world cup tadi tapi boleh tahan jauh dia. Layan gelagat orang-orang korea pusing-pusing naik basikal haha. Nak ke Han river ni memang takde stesen subway yang boleh terus ke situ jadi korang kena turun kat stesen stadium jugak, Cari jalan nak ke Haneul Park dan menapak sikit la sebab dia berdekatan je dengan stadium world cup ni.


Hari pun dah nak malam aku pun balik GH dulu rest makan and mandi. Malam pulak pergi jalan area Itaewon dan pergi Dongdaemun market shopping. Dongdaemun ni kalau nak shopping pakaian memang murah dan dia buka sampai pukul 2pagi kalau tak silap aku. Tak sama dengan Namdaemun pukul 5 petang kedai dah banyak tutup.

Day6 :
 Last day, Namsan Tower.
Better pergi pagi daripada malam sebab malam nanti korang tak nampak apa-apa permandangan pulak nanti rugi je naik atas.

Untuk ke namsan tower korang boleh ambil shuttle bas yang bernombor 05. Shuttle bas ni percuma je pergi dan balik. Nanti bas akan bawa sampai atas terus ke namsan tower. Tak perlu la korang naik cable car saving sikit hehe.
Tiket untuk naik tower ni harga dia 9000won seorang.





Dah petang pun balik GH, Lepak-lepak, kemas-kemas barang dan terus ke airport balik Malaysia.
Selamat tinggal Korea,,! Ingat nak pergi busan dengan pulau jeju pulak lepas ni.. JOM..!!!

*Jumlah kerosakan semua bernilai Rm 2000 TERMASUK :
- TIKET FLIGHT PERGI BALIK
- GUEST HOUSE (BEEWON GH)
- TRANSPORT
- SHOPPING SIKIT-SIKIT
- MAKAN & MINUM (BANYAK BAWA DARI MALAYSIA JE)
- TIKET MASUK

 - Alive museum - tiket 8400won (in-sadong)
- Nami island(8000w)
- Garden of morning calm(8000w).
- Everland (34000w) 
- Geongbokgung palace (3000w)
- Gwanghwamun square (berhadapan geongbokgung palace.)
- itaewon. 
- Namdaemun market.
- Myeongdong.
- Dongdaemun market.
- SBS 
- Seoul world cup stdm. 1000w
- Han river. (Mok-dong)
- Seoul tower (Namsan) tiket 9000w
Cheonggyecheon Stream.


3 comments:

  1. Bestnya Ijai...lau ada rezeki nak g Korea..InsyaAllah...Akk nak bawa Ijai sekali jadi tourist guide akk..blh

    ReplyDelete
  2. boleh tau bas nak ke namsan tower tu naik kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh sori lupa pula. Naik dari stesen bas kat myeongdong.

      Delete