Sunday, January 1, 2017

Cari aku jika rindu

Akhirnya kau temui seseorang yang blh menjaga dan membahagiakan kau dan Adam.
Aku gembira untuk kau. Dalam masa yang sama aku sedih sebab tak mampu untuk menjaga kau dan Adam. Allah s.w.t dah tentukan semua jalan cerita kita. Ya., mungkin aku juga salah sebab tak menjaga kau dengan betul. Mungkin Allah juga tak meredhai perhubungan kita. Aku redha. Asalkan kau bahagia dan dapat apa yang kau impikan. Bukan aku tak berusaha untuk kau, tapi aku tak nak kau menyesal nanti.

Alhamdulillah hari ni kau bernikah., Aku tak kuat. Aku cuba untuk lari dari kenyataan. Aku cuba untuk tak nak tengok gambar kau bersanding. Tapi aku tak boleh. Sebab aku nak tengak kau gembira aku nak tengak muka kau senyum bahagia. Walaupun hati aku sakit tapi aku cuba kuat.

Maafkan aku Sazzy, Aku rindu kau sangat sangat. Aku tak mampu buat apa apa. Setiap kali rindu aku berdoa pada Allah untuk bukakan hati kau. Aku pernah minta pada Allah hati kau, kalaulah boleh aku nak mintak sekali lagi hati kau untuk lebih lama lagi. Aku tau aku banyak bersalah dengan kau. Aku cuma nak buat kau gembira, Tapi aku salah. Aku ingat aku mampu, Aku ingat aku layak untuk kau. Walaupun kita sedaya untuk menjaga hubungan ini tapi akhirnya kita kena akur dengan dugaan dan perancangan Allah s.w.t. Dia yang bagi hati ini Dia juga la yang mengambilnya kembali.

Sazzy,
Aku nak kau tahu yang aku betul betul ikhlas sayang kau. Bukan sebab aku nak senang atau apa.Kau lain Saz, Kau wanita kuat, kau bertanggungjawab, kau peramah, pemurah, manja, tak pernah berkira dengan sesiapa.  Aku cuma nak bersama kau jaga kau dan sama sama besarkan Adam. Kau minta aku terima kau, aku terima seadanya. Semua kerenah kau aku layan.Tak ada sedikit pun aku merungut tentang kau. Aku tau sebab aku kena terima semua tentang kau dari sekarang. Tapi aku tau, kau takkan boleh terima orang yang tidak bekerjaya macam aku. Kau mula berubah hati dengan tiba tiba, sedangkan aku lebih setia menjaga hati. Aku sedar. Terima kasih kerana pernah hadir, Terima kasih kerana pernah sayang.

Jangan pernah membenci, Kita pernah menjadi kawan yang paling rapat diantara kawan kawan backpackers kita.Banyak masalah yang kita dengarkan bersama.Aku harap kau tak lupakan aku. Aku doakan yang terbaik. Aku harap kau lebih bahagia disamping suami. Aku terpaksa lepaskan kau. Aku tau kau dah penat hidup sendiri. Kau banyak kali terluka, jatuh tapi kau kuat. Itu lah semangat kau yang aku paling bangga sekali.

Terima kasih sazzy. Walau betapa Susah pun untuk aku lepaskan kau tapi aku terpaksa kerana semuanya ketentuan dari Allah S.w.t. Kau banyak bagi aku semangat.

Segala kenangan aku simpan rapi dalam hati. Semoga tahun baru ini menjadi kan kau lebih tabah dan kuat menjalani kehidupan yang mendatang. Nama kau sentiasa ada dalam doa aku. I'm sorry for everything.

Aku tetap ada untuk kau. Cari aku jika rindu.


Wednesday, December 21, 2016

I miss you everyday.

You have left me shattered and lonely without any clue
I don’t know what to do and I feel so lost and miserable without you
Why did you have to break a heart that was full of love for you
Now I just spend my days and nights feeling sad and blue
I thought you were the only one, who could understand,
I thought you would be there whenever I needed a hand. 
I miss the way your smile could brighten my day,
It used to make me forget everything and take my pain away
I miss our romantic conversations throughout the nights,
I miss our arguments, our tiffs and our silly little fights. 
I miss the way you could understand my feelings and read my mind,
You knew exactly what to say when words were hard to find.
I keep looking for answers but I don’t know whom to blame
You treated my heart like a toy coz maybe for you it was just a game,
I will soon forgive for everything but I will always remember my tears
You are gone but to forget you it might take me many many years
(Aarti Khurana)
You will always in my heart, Saz.
Thanks for everything.

Saturday, October 15, 2016

Jom ke korea Gaissss.

Rindu aku kat korea tak hilang lagi.

Kali ni aku nak kongsikan trip backpack aku ke seoul, Korea 6 hari 5 malam.
Ok, ni trip aku yang kedua ke korea pada musim panas. Tapi tak la panas sangat sebab cuaca masih lagi sejuk berangin. 

Day1 :
8.30 pagi touch down di incheon airport. Macam biasa pertama sekali aku terus cari T-Money. 
Apa T-money tu.? 
OK, dia macam kad 'touch n go' jugak. Korang kene beli T-money ni untuk memudahkan perjalanan untuk naik subway atau bas. T-money ni boleh jugak pakai untuk beli barang dekat 7eleven atau Gs25. 
Kat mana nak beli.?
Korang boleh beli kat Gs25 tu, 7E atau T-money machine dekat dengan subway station.

Ok, Kat airport ada. Turun ke tingkat bawah kalau nak naik train. Sebelum sampai ke train station ade kedai Gs25. Harga kad T-money ni 2500 won. Lepas tu korang nak 'topup' brape ikut suka lah berapa hari korang ada kat sana.



Bagi yang first time ke seoul nak naik subway ni korang mesti akan pening kalau tengok subway map dieorang sebab banyak cabang dia. Tapi jangan risau sebab tak susah pun sebenarnya, Hari pertama je macam pening sikit lepas tu confirm dah expert hehe. 
Tengok dekat subway map station mana tempat yang korang nak pergi lepas tu tengok Line yang mana satu.
Nak senang lagi korang download App "Subway korea".

Dari station airport Incheon aku terus ke station Jongno(3) sam ga, Guesthouse aku kat area situ.
Sampai awal jadi belum boleh check-in, tinggalkan beg dulu dan keluar la jalan-jalan. Yang jaga kaunter pulak cun borak-borak la dulu hahaha.

Dari GH aku terus ke Insa-dong street, Naik subway turun dekat station Anguk(328) line3. Dekat insa-dong banyak jugak tempat-tempat yang korang boleh pergi dan banyak kedai-kedai kalau korang nak shopping.Salah satu tempat yang aku pergi situ ialah Alive museum. Tiket masuk 8400won(dah dapat diskaun sebab ada kupon)







Dah Tengahari balik GH check-in rest, mandi and makan. Kat GH ada dapur jadi boleh la nak masak maggi ke roti bakar ke nak buat air sendiri ke. 
Dari GH aku terus ke Namdaemun market dan Myengdong night market. Sini kalau nak cari barang-barang make up banyak murah-murah. Naik subway turun di station Myeongdong(424) Line 4. Then, kalau nak ke namdaemun boleh terus ke station Hoehyeon,Namdaemun market(425) Line 4 sebelah je dengan station Myeongdong.

Day2 :
Hari ni aku ke Nami island, Tempat tumpuan pengunjung yang popular dengan cerita Winter sonata tu. Nak ke Nami ni agak jauh sikit jadi ada banyak transit. 
Ok, Kalau dari GH aku station Jongno(3)sam ga aku terus ke station Cheongyangni(Univ.of seoul) Line1, kat sini aku transit ke station Mangu(JG), dari sini aku transit lagi sampai ke station Gapyeong(P134). Kalau korang tak sama dari tempat aku pun takpe janji korang kena turun kat station Gapyeong ni, OK.? 

Sampai kat Gapyeong nanti akan ada bas tour untuk ke nami-petite france-garden of morning calm.
Korang naik bas tu, harga dia 6000won untuk sekali tour tu. Walk in je terus.

Bas akan bawa korang ke stesen feri untuk ke nami island. Tiket feri untuk ke Nami Island 8000won seorang(tunjuk passport untuk foreigner boleh dpt diskaun)










*Jangan lupa cuba nasi goncang yang popular dekat nami ni. 

Dah penat pusing-pusing kat nami island aku terus ke Garden of morning calm. Sepatutnya dia ada berhenti dekat Petite france tapi aku tak turun sebab malas nak masuk situ sebabnya dalam tu takde apa sangat pun just bangunan2 mcm dekat france tu je. Lagi satu tempat tu pernah jadi tempat shooting cerita My love from the star hahaha. Petite France tu harga masuk tak mahal 1000won je.
Aku terus ke garden of morning calm, taman bunga je la situ hahaha...  Harga masuk dia 8000won seorang. 




Habis tour balik naik bas yang sama turun ke stesen yang sama macam mana korang datang tadi. jangan lupa dah la tak dapek den nak nolong do hahaha..

Day3:
Everland..!!
Kat sini korang kene spend 1 hari sebab banyak game jadi rugi kalau separuh hari je. 
Untuk ke Everland ada shuttle bas dari gangnam. Harga 2000won seorang return. Korang kene tunggu dekat stesen bas gangnam, naik bas yang bernombor 2005. Jangan salah bas sebab ada yang tulis nombor 205 nanti pergi tempat lain pulak. Bas akan bawa terus ke Everland dalam 40 minit.
Tiket masuk everland berharga 34000 won, Bawa passport dan pergi ke kaunter foreigner untuk dapatkan diskaun. Masuk je main la segala benda dalam tu dah tak yah bayar apa-apa. Makan dalam agak mahal dan susah nak cari yang halal. Jadi korang standby la bawa makanan dan minuman dari luar nanti lapar pulak tak makan 1 hari hahaha.














Agak-agak dah dekat senja gak aku keluar dari everland ni. Tunggu bas tempat yang sama korang sampai tadi dan bas akan hantar tempat mana yang korang nak turun nanti korang tekan la loceng dalam bas tu.Jumpa pulak 2 org awek dari Malaysia balik sekali lah haha. Aku turun kat gangnam jugak. Hari dah malam, penat, lapar pun awek ni bawa singgah makan kat kedai halal area gangnam ni. Nama kedai tu Yang Good Korean Halal. Harga makanan di kedai biasa lebih kurang KRW 5,000-8,000 iaitu RM 15-24 harga makanan kita. Harga di restoran halal adalah sekitar KRW 10,000- 20,000 iaitu RM 30-60. Memang mahal. Kebanyakan kedai makan halal ni banyak kat sekitar itaewon.


Day4 :
Hari keempat aku just pergi yang dekat-dekat dengan GH aku.

Istana Gyeongbokgung.
Subway Line 3 stesen Gyeongbokgung(327). Tiket masuk 3000 won seorang. Kat istana ni dieorang akan ada buat 1 pertunjukan pertukaran penjaga istana. Jadi kalau korang nak tengok macam mana korang kene tunggu la. Dekat pintu masuk utama sebelah kiri ada papan tanda yang akan diberitahu bila masa-masa yang dieorang akan buat.




Dah habis pusing-pusing ambil gambar semua. Ok, korang boleh terus ke Gwanghwamun square. Tak jauh depan je dengan Istana Gyeongbokgung ni dah nampak. Kat situ korang boleh tengok tugu patung Raja Sejong. Kalau nak tau macam mana kisah Raja Sejong ni korang boleh masuk dalam bangunan sejong center sebelah kanan kalau dari gyeongbokgung tadi. Percuma sahaja dan korang boleh tulis nama korang dalam bahasa korea, Dieorang akan ajar kalau tak tau dan korang boleh bawa balik. Percuma juga.



Kat sini korang boleh mencuba pakaian tradisi korea, Hanbuk. Boleh la kalau nak fefeeling macam orang-orang lama tu kan hahaha...yang bestnye tak yah bayar weh..PERCUMA.! naissss kan.


Ok, dah habis feeling-feeling tu korang boleh singgah ke Cheonggyecheon Stream. Sungai kat tengah-tengah bandar seoul. Kat sini malam-malam nais cantik. Kalau korang rajin datang lepak malam.
Kalau naik subway korang amik Line 1 turun kat stesen Jonggak(131) keluar ikut pintu 5.

Day5 :
Yang ni aku tak plan pun. Aku redah kasi pecah je ni bangun pagi terus terjah nak pegi SBS center lepas tu pergi stadium world cup seoul dan terus ke han river sampai petang.


Sbs ni area Mok-Dong agak jauh jugak kalau dari area bandar Jong-No. Korang boleh naik subway turun kat stesen Mok-Dong(520) lepas tu kene menapak beberapa km agak jauh jugak. Tu pun aku sesat and banyak tanya orang baru jumpa hahah.. Tapi tak boleh masuk pun just saja nak pergi tengok. Hahaha...

Lepas tu aku terus ke Stadium world cup Seoul(seongsan) Line 6. Tiket tour hanya 1000 won seorang dan korang boleh masuk dalam stadium tengok sejarah bola sepak korea dan ambil gambar.



Then, Aku terus kan perjalanan ke han river, Jalan kaki saje dari stadium world cup tadi tapi boleh tahan jauh dia. Layan gelagat orang-orang korea pusing-pusing naik basikal haha. Nak ke Han river ni memang takde stesen subway yang boleh terus ke situ jadi korang kena turun kat stesen stadium jugak, Cari jalan nak ke Haneul Park dan menapak sikit la sebab dia berdekatan je dengan stadium world cup ni.


Hari pun dah nak malam aku pun balik GH dulu rest makan and mandi. Malam pulak pergi jalan area Itaewon dan pergi Dongdaemun market shopping. Dongdaemun ni kalau nak shopping pakaian memang murah dan dia buka sampai pukul 2pagi kalau tak silap aku. Tak sama dengan Namdaemun pukul 5 petang kedai dah banyak tutup.

Day6 :
 Last day, Namsan Tower.
Better pergi pagi daripada malam sebab malam nanti korang tak nampak apa-apa permandangan pulak nanti rugi je naik atas.

Untuk ke namsan tower korang boleh ambil shuttle bas yang bernombor 05. Shuttle bas ni percuma je pergi dan balik. Nanti bas akan bawa sampai atas terus ke namsan tower. Tak perlu la korang naik cable car saving sikit hehe.
Tiket untuk naik tower ni harga dia 9000won seorang.





Dah petang pun balik GH, Lepak-lepak, kemas-kemas barang dan terus ke airport balik Malaysia.
Selamat tinggal Korea,,! Ingat nak pergi busan dengan pulau jeju pulak lepas ni.. JOM..!!!

*Jumlah kerosakan semua bernilai Rm 2000 TERMASUK :
- TIKET FLIGHT PERGI BALIK
- GUEST HOUSE (BEEWON GH)
- TRANSPORT
- SHOPPING SIKIT-SIKIT
- MAKAN & MINUM (BANYAK BAWA DARI MALAYSIA JE)
- TIKET MASUK

 - Alive museum - tiket 8400won (in-sadong)
- Nami island(8000w)
- Garden of morning calm(8000w).
- Everland (34000w) 
- Geongbokgung palace (3000w)
- Gwanghwamun square (berhadapan geongbokgung palace.)
- itaewon. 
- Namdaemun market.
- Myeongdong.
- Dongdaemun market.
- SBS 
- Seoul world cup stdm. 1000w
- Han river. (Mok-dong)
- Seoul tower (Namsan) tiket 9000w
Cheonggyecheon Stream.


Friday, June 10, 2016

Trip Turki musim bunga

Assalamualaikum...
Sorry sebab lambat nak tulis blog pasal trip aku ke Turki tahun lepas, Dah setahun baru nak tulis sebab malas huhuhu.
Ini ialah Trip pertama aku ke bumi Turki dengan 2 orang lagi rakan aku. Masing-masing memang excited lah cerita dia kan, Mana tak nya siapa je yang tak nak jejak Turki ni kan hahaha.
Ok lah ni aku nak share sikit la pasal Itinerary dengan sedikit review selama 13hari aku kat Turki.

26hb April 2015.
-Flight kami berlepas dari KLIA jam 9.45 pagi waktu Malaysia. Kami menaiki Qatar Airways. Bagi aku Qatar airways memang terbaik dan selesa. Perjalanan mengambil masa dalam 8jam dan transit di Doha selama 1jam 30 minit, Dan perjalanan bersambung ke Atarturk Airport mengambil masa dalam 3jam.
-Yeaahhh..!! Alhamdulillah, 12 jam dalam flight rasa nak patah pinggang, Akhirnya kami tiba di Istanbul. Waktu di Istanbul lambat 6 jam dari waktu di Malaysia. Kami tiba di Istanbul pada jam 6.15 petang. Ok, Cuaca agak boleh tahan dalam 12 darjah celcius. Korang boleh standby jaket dengan sarung tangan. Kalau malam gigil jugak la,


-Sampai je di Airport kami terus beli Istanbul Kart 10TL(Turkish Lira) untuk memudahkan perjalanan kami menaiki Metro, Dia kira macam 'Touch N Go' la. Istanbul kart ni korang boleh beli kat 'mesin' berhampiran dengan stesen-stesen Metro. Dari Airport kami naik Metro lepas tu kami kene turun kat stesen 'ZEYTINBURNU'. Kami kena tukar train sebelah,Then sambung sampai ke stesen 'SULTANAHMET'. (Sebab Apartmen kami dekat area Sultanahmet.) Harga sekali perjalanan Metro ialah 4TL. Untuk memudahkan lagi perjalanan korang kalau tak tau stesen mana nak turun, Aku syor-kan korang download Apps 'TRAFI TURKIYE' kat handphone korang, memang sangat-sangat membantu. Perjalanan metro ke SultanAhmet kira-kira dalam 1jam jugak. Sampai saja kami terus cari apartmen nak check-in sebab penat sangat, Tapi.., Kami sesat tak jumpa aprtmen tu. Huuu sedih puas pusing-pusing. Lepas tu kami beli Simkad (Turkcell), harga yang kami beli 75tl, mahal tapi terpaksa beli sebab dah sesat cari apartmen tak jumpa. Huhuhuhu. Tapi kami respect dekat warga Turkey semuanya membantu dan tak berkira langsung kalau nak minta tolong telefonkan nombor apartmen kami. Lebih kurang 3jam jugak cari akhirnya kami jumpa juga. Nama apartmennya tak ada jadi susah nak cari, nasib baik ada orang dekat situ tahu nama pemilik dia, Lega. hahaha.


27hb April 2015.
- Apartmen kami betul-betul berhampiran dengan Masjid Biru SultanAhmet, Hanya 5 minit berjalan kaki. Hari ini kami hanya bersiar-siar disekitar SultanAhmet dan mencari kedai-kedai souvenir yang murah.
"Ni antara kedai souvenir yang agak murah jugak la, kedai ni dekat lorong bersebelahan dengan hagia sophia."

                     "Bergambar dengan tuan kedai, Lupa dah nama dia tapi memang peramah."
                       
                                            
                            "Karpet tulip terbesar, Betul-betul berhadapan dengan Hagia Sophia."
                                 
                                            
                                                                    "Hagia Sophia"

28hb April 2015.
- Seawal jam 8 pagi kami dah check out (sebab nak bergerak ke Kusadasi) dan kami nak pergi menaiki Bosphorus cruise. Ok, Untuk trip bosphorus ni kami ambil dari 'New Deal' travel agency.
Kami ambil pakej tour sehingga petang iaitu 60tl seorang, siap makan tengahari dan dibawa masuk ke bahagian asia Turkey. Boleh juga beli sendiri di kaunter tiket bosphorus, Harga boleh dapat dalam 45tl seorang untuk setengah hari. Kami dibawa menaiki bas bersama peserta trip yang lain. Sebelum menaiki cruise kami dibawa singgah di 'Spice Bazaar'.
                                             


                           "Spice Bazaar ni dekat je dengan bosphorus cruise, boleh jalan kaki"

-Ok, Lepas dah abis jalan-jalan, dah beli apa yang patut tibalah masa untuk naik ferry bosphorus. Merentasi sungai antara dua benua. Hehehe, Sebelah Asia sebelah eropah.

                                               




                                                             "Permandangan Turkey belah Asia"

-Habis dah duk dalam feri menikmati permandangan yang indah kami menaiki bas semula dan dibawa singgah ke Istana Berlerbeyi dan makan.

- Jam dah pun pukul 6.30 petang. Habis dah trip bosphorus, Trip kami seterusnya ke Kusadasi pula.
Kami menaiki bas dari pejabat New Deal Tour di SultanAhmet dan terus ke Kusadasi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam.
                        "Dapat merasa naik feri malam, sebab semua kenderaan yang nak ke kusadasi
                                        kena transfer naik feri. Macam kat Langkawi tu. nice."

** Perjalanan seterusnya di Ephesus (Kusadasi), Pamukkale, Cappadocia aku akan sambung di page lain ok. ;)
** Kat bawah ni aku kongsi sikit perbelanjaan sepanjang aku kat turkey.

Tiket Flight

Klia - Istanbul - Klia = Rm 2127

Apartmen 

Kader Apartmen (SultanAhmet) = Rm164 (3malam)
Kusadasi                                      = Rm68 (1malam)
Cappadocia                                  = Rm130 (1malam) *Ni mahal sbb last mnt booking. Sepatutnya kami book cave hotel tp ade mslh terpaksa cari lain n semua dah full. sedih..
Apartmen (Findikzade) istanbul  = Rm400 (3malam)

Jumlah seorang = Rm762

Pengangkutan

OverNight Bus
-Istanbul - Ephesus = Rm95 (60tl)
-Denizli(pamukkale) - Nevsehir (Cappadocia) = Rm108 (27Euro)
-Cappadocia - Istanbul = Rm95 (60tl)      

Jumlah seoarng = Rm298        

Tiket Masuk + Pakej Tour

Hagia sophia = Rm48 (30tl)
Topkapi sarayi = Rm48 (30tl)
Muzium Tessera = Rm32 (20tl)
Bosphorus cruise tour = Rm96 (60tl)
Ephesus Tour = Rm260 (65euro)
Pamukkale Tour = Rm240 (60euro)
Green tour Cappadocia = Rm152 (38euro)
Hot air balloon = Rm400 (100euro)

Jumlah seorang = Rm1276

Jumlah kerosakan keseluruhan = Rm4463
**Tak termasuk makan dan shopping. Pandai2 la korang budget hehe..sebab aku bkn kaki shopping.